Ibu Ratu Rock, Ella meninggal dunia

0
1

IBU Ratu Rock, Ella, Yang Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang, Selangor, awal pagi tadi.

Abang ipar Ella, Syahrizal Ismail, berkata ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir dalam tidur, pada jam 2.30 pagi tadi.

“Arwah menetap dengan adik ipar, Korie di Klang. Kami berjumpa hari-hari kerana arwah semakin uzur.

“Arwah meninggal dalam tidur akibat sakit tua,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 11 pagi ini.

Berita duka itu dikongsi pentadbir akaun Facebook (FB) Ella atau nama sebenar, Norzila Aminuddin, melalui sebuah entri.

Hantaran itu berbunyi:

“Salam dan sejahtera. Buat makluman, mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Long yang pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi .

“Moga Allah ampuni, rahmati, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kubur, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

“Kami mohon moga Allah kurnia inayah dan rahmat. Takziah buat ahli keluarga Puan Ella atas pemergian bonda yang dikasihi,” katanya.

Entri itu dibanjiri ucapan takziah peminat Ella yang mendoakan penyanyi kesayangan mereka tabah menghadapi detik menyedihkan itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here