Sebahagian janji telah PAS kotakan – Nik Abduh

0
2

PAS menyangkal dakwaan kononnya gagal mengotakan janji- janji yang diperjuangkan selama ini setelah setahun menjadi kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, PAS telah mengotakan sebahagian daripada janji tersebut tanpa perlu mencanangkan kepada umum.

“PAS telah kotakan sebahagiannya. Sebahagian lagi yang lebih besar dan banyak sedang dan akan terus berlangsung.

“Karakter PAS dalam politik adalah berhikmah dan bersederhana. Pas memimpin kepada perubahan dan islah tanpa berdendam dan tanpa bermulut murai. Begitulah membina negara,” katanya di Facebook, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bachok itu, PAS sangat mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menilai pencapaian PAS selama setahun menjadi kerajaan sambil mengingatkan mereka kesan buruk yang ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Nak ukur selepas setahun? Ya, amat dipersilakan. Tetapi telah diukur oleh rakyat selepas dua tahun pentadbiran kerajaan PH bahawa faktor kegagalan mereka adalah kerana gopoh-gapah, tuding menuding dan mulut tempayan.

“PAS memimpin umat Islam dan rakyat Malaysia memahami maksud siyasah syar’iyah atau politik berasaskan panduan agama dengan penuh tekun dan sabar.

“Antara kekuatan PAS adalah tidak menari mengikut rentak musuh. Ia amat menyakitkan mereka,” katanya.

Sejak PAS menjadi kerajaan, PH secara berterusan menyerang parti itu kerana cakap tidak serupa bikin apabila gagal menunaikan janji yang diperjuangkan selama ini.

Para pemimpin parti serpihan mereka iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) antara yang lantang mengecam PAS susulan kegagalan PAS membela kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim,

Pembentangan Rang Undang-Undang 355 di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja (RCI) penyelewangan Tabung Haji. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/10/setahun-menjadi-kerajaan-akhirnya-pas-tutup-mulut-musuh-nik-abduh/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here