Sogok MP lompat parti: PKR akan bawa bukti jumpa KP SPRM

0
1
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution speaking to media after launching MyPay application in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star               

PKR akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, berhubung dakwaan ada usaha untuk menyogok Ahli Parlimen untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau juga akan menyerahkan beberapa bukti bagaimana sogokan berkenaan dilakukan.

Katanya, PKR akan menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu secepat mungkin.

“Dalam masa terdekat saya sebagai Setiausaha Agung PKR akan tulis (surat) kepada ketua pesuruhjaya SPRM dan mohon untuk mengadakan pertemuan dengannya.

“Kalau (Azam) sedia bekerjasama, saya akan beri beberapa pembuktian bagaimana cubaan sogokan ini sedang berjalan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Saifuddin juga menggesa SPRM agar tidak menjadi ‘alat’ untuk menampung apa yang disifatkannya sebagai kerajaan yang rapuh.

Ditanya lebih lanjut berkenaan jumlah Ahli Parlimen yang menerima tawaran, atau jumlah sogokan seperti didakwa, Saifuddin berkata, beliau tidak akan mendedahkannya pada masa ini.

“Kita ada semua maklumat. Sekarang kita nak lihat respons SPRM dahulu. Jika tiada respons, kita akan lakukannya menerusi cara lain yang wajar,” katanya.

Baru-baru ini, dua ahli PKR meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada Anwar.

Ia berlaku sehari selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)) dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan menyertai PKR. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/2-mp-lompat-parti-saya-dapat-maklumat-libatkan-jutaan-ringgit-anwar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here