JSPT Perak sita 19 motosikal ubah suai ekzos

0
1

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak menyita 19 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos menerusi Op Khas Kesalahan Bunyi Bising di seluruh negeri sejak 1 Mac lalu.

Menurut JSPT Perak sebanyak 679 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam tempoh sama.

Operasi tersebut yang akan berterusan sehingga 14 Mac ini dilaksanakan melalui sekatan jalan raya di seluruh negeri.

JSTP Perak memaklumkan, setiap pemilik kenderaan yang disita atas kesalahan ubah suai ekzos perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan yang telah disita.

“JSPT Perak tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos hingga mengeluarkan bunyi bising serta menimbulkan rasa tidak selesa pada masyarakat,” katanya menerusi kenyataan.

Operasi itu diketuai Pegawai Turus Penguatkuasaan JSPT Perak, Asisten Superintendan Mohd Ariffridzuan Ezahar serta mendapat bantuan bersepadu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here