Tular suara pemimpin utama Bersatu gesa pancing MP dengan wang, jawatan? 

0
2

SATU rakaman suara yang dipercayai milik pemimpin utama Bersatu mula bertebaran di media sosial, hari ini.

Rakaman suara pemimpin itu kedengaran sedang berbincang dalam satu mesyuarat bagaimana untuk memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam rakaman itu juga, kedengaran suara pemimpin itu menggesa untuk memancing Ahli Parlimen Umno untuk menyertai Bersatu dengan tawaran wang atau jawatan dalam kerajaan.

Malah, dalam rakaman audio itu juga kedengaran perbincangan mencadangkan supaya Ahli Parlimen pembangkang ditawarkan wang dan jawatan dalam kerajaan daripada tidak dapat apa-apa habuan kalau kekal menjadi pembangkang.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia dibincangkan mesyuarat parti atau dalam kalangan pemimpin tertinggi kerajaan PN.

Semalam, Bersatu mengadakan mesyuarat khas membincangkan kedudukan kerajaan PN susulan satu surat rasmi diutus oleh Umno kepada Presidem Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada 26 Mac ini.

Rakaman suara berdurasi dua minit 29 saat itu turut dimuat naik di Facebook Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Suara siapa ini? Macam pernah dengar je. Penyatuan Ummah bukan dibentuk dengan cara sogokan dan tawar-menawar,” kata Najib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here