Insiden lastik anjing: Posmen kembali bertugas, pemilik tarik balik kes

0
2

DOLLAH posmen akan bertugas semula selepas pengadu menarik balik laporan polis terhadapnya berhubung kes melastik anjing peliharaan keluarga itu.

Menerusi perkongsian di Instagram pelawak, Shahrol Shiro memaklumkan mengenai perkhabaran baik berkenaan.

“Dapat panggilan dari Mr Siva dan Puan Magesh (pemilik anjing) ajak mengeteh (minum). Saya pun on jer. Sampai sana Dollah dan isterinya pun ada sekali. Mesra sekali mereka berbual.

“(Tujuan pertemuan)Mr Siva telah menarik balik kes dan Dollah akan kembali bertugas. Syukur Alhamdulillah.

“Hadiah yang bernilai tak semestinya terbungkus indah. Terkadang Tuhan bungkus dengan masalah. Tapi dalamnya penuh hikmah dan barakah. Terima kasih atas doa-doa yang baik dari semua. Alhamdulillah kes selesai,” tulisnya.

Laporan polis ditarik semula

Pada 27 Februari lalu, Dollah telah memohon maaf kepada pemilik haiwan tersebut dan kedua-dua pihak berdamai.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan isu seorang posmen melastik seekor anjing hingga mendatangkan kecederaan.

Susulan itu, posmen berkenaan digantung kerja sementara oleh Pos Malaysia bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan -Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here