Khabib dedah keakraban dengan Ronaldo

0
2

JUARA lighweight UFC, Khabib Nurmagedov berkongsi kisah tentang persahabatan dan topik perbualannya dengan Cristiano Ronaldo.

Khabib, 32, mendedahkan, mereka berhubung hampir setiap hari dan masa depan Cristiano Jr antara topik utama perbualan dua bintang besar itu.

“Kami bercakap hampir setiap hari, tetapi apabila bertemu kami akan berkongsi tentang dari mana kami mendapat dorongan kami.

“Dia memberitahu saya yang dia mahu anaknya mengikut jejaknya.

“Ketika Cristiano masih kecil, impiannya hanyalah untuk mempunyai sepasang but.

“Tetapi anaknya mempunyai segalanya. Dia bimbang Cristiano Jr tidak mempunyai keazaman yang kuat seperti dirinya.

“Apabila anda mempunyai segalanya, sukar untuk mendapatkan dorongan yang betul,” katanya.

Khabib bersara Oktober lalu selepas menewaskan Justin Gaethje untuk rekod 29-0.

Selepas bersara, dia menumpukan minat terhadap bola sepak dan terbaru dia menghadiri perlawanan Liga Juara-Juara antara PSG dan Barcelona. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here