Adun Tronoh, Buntong sah sertai Bersatu

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam secara rasmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu disahkan Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, lapor Berita Harian.

Kedua-dua Adun itu sebelum ini menganggotai DAP sebelum keluar parti itu pada Mac tahun lalu untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pada 26 Jun tahun lalu, Sivasubramaniam pernah menyertai Gerakan selepas tiga bulan keluar DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Choo Kiong yang keluar DAP pula, menjadi ADUN Bebas.

Perak ketika ini dibarisi 25 Adun dari Umno, DAP (16), Parti Amanah Negara (5), Bersatu (7), PAS dan PKR masing-masing tiga kerusi. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here