Syatilla Melvin terpaksa sambung ‘shooting’ semasa anak terima rawatan

0
1

Nurul Huda Abhar

PELAKON Syatilla Melvin terpaksa kembali ke set penggambaran walaupun anak sulungnya, Syeriv Samheizy sedang menerima rawatan di hospital akibat kecederaan di bahagian mulut selepas terjatuh.

Menurut Syatilla, 30, dia mengambil keputusan kembali menyudahkan sesi penggambaran kerana ingin menghormati masa kru-kru lain yang terlibat.

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG) semalam, pelakon itu bersyukur kerana urusan kerjanya berjalan lancar.

“Daripada sedih tiba-tiba kena bertukar buat lawak dalam kampen #rinduasmaraya kalau korang agak-agak mampu tak?

“Ni lah yang dikatakan pengorbanan perasaan untuk kerja. Aku memang tabik orang yang berjaya lalu apa yang Tilla baru lalu hari ini. Mungkin orang luar nampak biasa tapi bagi aku sangat luar biasa,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu mengakui tidak boleh melupakan peristiwa tersebut dan sedih melihat anaknya dalam kesakitan.

Katanya, anaknya terpaksa ditidurkan semasa proses jahitan di bahagian bibir bagi mengelakkkan Syeriv meronta-ronta jika dilakukan dalam keadaan sedar.

“Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit tiba-tiba terdetik macam mana perasaaan mak yang kena hadap anak kecil sakit kronik, kanser dan sebagainya.

“Allahuakbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua. Macam ni pun rasa tak sangguh tengok.

“Doakan Syeriv cepat sembuh cepat boleh minum susu balik. Tujuh jahitan habuan untuk anak bubu hari ini Ya Allah,” tulisnya.

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/02/17/buat-video-kulit-hitam-syatilla-mohon-maaf/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here