Messi Kedah sekarang Yob!

0
1

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengesahkan ia bersetuju melepaskan Muhammad Farhan Roslan secara pinjaman kepada Perak FC selama setahun.

Kelab itu menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mendengar hasrat pemain lincah digelar ‘Messi Kedah’ itu mahu mendapatkan lebih banyak minit perlawanan.

“Pasukan KDA FC telah bersetuju untuk melepaskan Muhammad Farhan secara pinjaman kepada Perak FC selama setahun.

“Hasrat beliau untuk mendapatkan lebih minit aksi perlawanan merupakan motivasi besar selepas beberapa musim bersama Kedah,” kata KDA FC.

Pemain berusia 24 tahun itu yang bermain posisi sayap kiri, mula beraksi bersama skuad hijau kuning sejak berumur 18 tahun.

Dia mencuri perhatian pengurusan menerusi kelicikan kawalan bola, selain menyumbang beberapa siri kejuaraan buat pasukan.

“Semoga beliau terus bersinar bersama pasukan baharu musim 2021,” tulis KDA FC.

Perak FC turut mengesahkan perkara itu di media sosial pasukan malam tadi dengan menulis ‘Messi ~Kedah~ Is Now Yob!’

“Farhan Roslan sah akan dipinjamkan ke Perak FC bagi menguatkan jentera musim ini.

“Pemain yang diberi jolokan ‘Messi Kedah’ ini pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

“Selamat datang, Farhan. Ipoh mali talak sombong,” tulis Perak FC. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here