Lima terperangkap dihempap runtuhan besi perancah

0
1

LIMA individu dipercayai terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan perancah besi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE) berhampiran Bandar Tasik Selatan petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) melaporkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.58 petang ini.

“Seterusnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan bantuan BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dengan kekuatan anggota seramai 23 orang lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati runtuhan berkenaan menghempap sebuah van kilang.

“Makluman awal yang diterima terdapat lima mangsa terperangkap dalam van kilang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemaju pembinaan Lebuhraya SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd, mengesahkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya SUKE lewat petang tadi.

Menurut kenyataan daripada Kumpulan Syarikat PROLINTAS yang juga pemegang konsensus bagi pembinaan SUKE, treler berkenaan tidak terbabit dalam pembinaan lebuh raya itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan berkenaan telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.

“Pasukan bomba berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here