HARGA runcit bagi produk petroleum kekal bagi tempoh 4 Mac hingga 10 Mac ini.
RON95 kekal dengan RM2.05 seliter, begitu juga RON97 kekal RM2.35 seliter, manakala diesel kekal pada kadar RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penetapan harga berkenaan.
Menurut kenyataan itu, ia adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan Kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/22/harga-petrol-diesel-naik-lagi/

