Budak 2 tahun lemas dalam besen di rumah pengasuh

0
1

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas di dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Georgetown di hari ini.

Sophia Fatehah Wan Farhan Danial difahamkan anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, lapor Malaysia Gazette.

Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian itu sebelum bergegas datang dari Taping.

“Saya dapat panggilan terus bergegas dari Taiping Hospital Pulau Pinang. Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana sudah lama dia berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan, siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian akan dijalankan dan punca sebenar kematian mangsa akan hanya diketahui selepas bedah siasat. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here