1MDB: Polis siasat suami Zeti

0
2

SIASATAN terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman iaitu sumai kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berhubung penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dijalankan pihak polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya menjalankan siasatan itu

mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Memandangkan siasatan kes ini membabitkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara.

“Sehubungan itu, PDRM ingin menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan suatu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tawfiq disiasat berhubung dakwaan penerima dana di kaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura.

Malaysiapost pada 31 Disember lalu melaporkan Zeti yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu kenyataan menafikan beliau dan ahli keluarga menerima dana daripada 1MDB.

Beliau turut menyifatkan dakwaan yang dibuat terhadap diri dan keluarganya itu adalah palsu dan berniat jahat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/01/dana-1mdb-kenyataan-zeti-bukan-boleh-dipercayai-pun-najib/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here