KES positif harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan dengan jumlah kes dilaporkan hari ini adalah 1,745 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan 305,880 kes kumulatif setakat ini.
Menurutnya, kes sembuh pula adalah sebanyak 2,276 kes menjadikan keseluruhan 280,707 kes telah sembuh atau 91.8 peratus, manakala kes aktif adalah 24,025 kes.
“Daripada kes baru berkenaan 1,037 kes adalah membabitkan warganegara dan 706 bukan warganegara.
“Kes kematian baru pula adalah tujuh kes membabitkan enam warga tempatan dan seorang bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes-kes kematian pada hari ini membabitkan dua kes di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan.
Katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 195 kes dengan 95 pesakit emerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 640 kes (36.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 503 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus),” katanya.
Menurutnya, sebanyak 47 kes lagi yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes). – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

