Zarina Anjoulie sudah rujuk kembali dengan bekas suami

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMUNCULAN kelibat Eilyas Azhar atau Yas di Insta Story yang dimuat naik pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie menguatkan lagi berita mereka berdua telah pun rujuk semula.

Anju juga memuat naik foto menerima jambangan bunga dan bersama Yas menaiki kereta yang sama.

Malah, Anju menasihati wanita-wanita yang kerap menghantar mesej (DM) kepada suaminya di laman Instagram agar berhenti melakukan sedemikian kerana kini perkahwinan mereka kembali terjalin.

“Perempuan-perempuan di luar sana boleh stop DM laki aku ye. Aku bukanlah marah, aku pesan je,” katanya dalam video itu.

Pasangan itu juga kelihatan bergurau mesra ketika Yas menemani Anju menghantar kereta di sebuah bengkel.

Anju pada 27 Januari lalu mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, dan perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama enam bulan.

Katanya, bercerai adalah pilihan yang terbaik kerana dia dan suami sudah tidak sehaluan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/01/27/6-bulan-berkahwin-zarina-anjoulie-umum-bercerai/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here