Jenazah Mohd Afiq Ikmal selamat dikebumi

0
1

JENAZAH Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, pada jam 6 petang tadi.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan yang dihadiri lebih 50 orang termasuk jemaah masjid, ahli keluarga dan sahabat handai.

Turut mengiringi jenazah, penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, lapor Berita Harian.

Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi, selepas 18 hari menjalani rawatan di Hospital Selayang, Selangor, iaitu sejak 13 Februari lalu akibat komplikasi hati.

Allahyarham Mohd Afiq Ikmal mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 yang disumbangkan Wan Mohd Hafizam.

Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika usianya 14 bulan.

Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu berjaya menimbulkan kesedaran kepada rakyat Malaysia kepentingan pendermaan organ. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/penerima-hati-pertama-di-malaysia-meninggal-dunia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here