Umno perlu adakan mesyuarat tergempar, putuskan kerjasama dengan Bersatu – Ku Li

0
1

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk meminta semua ahli parti itu memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata perkara itu adalah selaras dengan semangat dan kehendak perwakilan 147 bahagian Umno di seluruh negara.

“…. (Mesyuarat) wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dan meminta ahli-ahli Parlimen daripada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen dipanggil bersidang dalam bulan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal Januari lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, sebanyak 147 daripada 189 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu.

Menurut beliau, kesemua 189 mesyuarat Umno bahagian sudah menyelesaikan mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari 2021 yang menyaksikan 147 daripadanya etua menolak kerjasama berkenaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here