PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta seluruh jentera parti itu serta Barisan Nasional (BN) supaya tidak lagi berdiam diri dan berlengah dalam memanfaatkan media sosial.
Beliau berkata, platform tersebut penting dalam menyalurkan maklumat yang tepat tentang Umno dan BN.
Memperkasakan parti keramat ini dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minima.
“Umno/BN mungkin tiada peruntukkan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu.
“Saya yakin dengan keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong Umno/BN kita mampu. Ini kali kita ‘all out’,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Ahmad Zahid berkata pihaknya sedar antara punca BN tewas PRU14 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah disebabkan pengaruh media sosial.
Katanya, media sosial telah dipergunakan sepenuhnya oleh lawan sebagai senjata memfitnah dan memburuk-burukkan Umno serta BN.
“Serangan ke atas Umno dan BN secara atas talian telah pun bermula seawal ledakan internet di Malaysia.
“Bermula dengan emel berantai dan kemudian kewujudan SMS menjadi saluran utama menyerang BN saban hari.
“Tetapi saya yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka di media sosial,” katanya. – Malaysiapost

