PKP akan ditamatkan bila masa sesuai – Ismail Sabri

0
1
Ismail Sabri

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mungkin akan ditamatkan apabila imuniti kelompok dicapai melalui pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, keputusan untuk menarik balik PKP dengan mengambil kira jumlah peratusan rakyat sudah divaksin bagaimanapun masih belum dibincangkan lagi buat masa ini.

“Kita belum adakan mesyuarat tentang berapa peratus (rakyat) selepas divaksin, baru kita akan tarik balik PKP.

“Tetapi, saya percaya apabila tiba masa bersesuaian, kita akan tarik balik PKP 2.0 yang diperkenalkan,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah misalnya, bergantung kepada penilaian beberapa faktor dan ia memerlukan keputusan bersama pihak kerajaan.

Beliau berkata, buat masa ini, tindakan kawalan kesihatan awam masih perlu diteruskan di samping memastikan program imunisasi berjalan lancar.

Media sebelum ini melaporkan, kelonggaran bagi aktiviti rentas negeri akan dipertimbangkan sekiranya negara mencapai imuniti kelompok dengan sasaran 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia sudah diberikan vaksin. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here