Lufya kesal surau, masjid masih ditutup

0
1

PELAKON Lufya Omar atau nama sebenarnya Lufya Sheikh Omar meluahkan rasa kesal kerana tempat beribadat masih ditutup disebabkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi perkongsian di Insta Story, Lufya memaklumkan dia terpaksa mendirikan solat berdekatan lif di sebuah pusat membeli-belah kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.

“Rasa sangat sedih macam ini. Pergi surau stesen minyak tutup. Mall elite pun sama. Tak ada tempat nak solat. Ditutup.

“Tanya pekerja Islam pun tak tau mana nak solat. Akhir sekali solat tempat tercorot depan lif,” luahnya.

Beliau turut mempersoalkan kelab malam, salon, spa, gimnasium, pusat membeli-belah sudah boleh dibuka namun surau sebaliknya.

Tambahnya, kebanyakan tempat beribadat susah untuk masuk kerana alasan diberikan pandemik Covid-19.

“Yang cipta Covid-19 ni siapa? Dah siapa juga boleh menghilangkan Covid-19 ini? Macam ni punya cara makin menjauhkan umat Islam dengan Sang Pencipta!

“Bukankah sepatutnya dalam kesulitan inilah kita kena banyak muhasabah diri dan diperbanyakan majlis-majlis agama dan solat hajat. Ini lain pula jadinya. Makin jauh, memang makin banyak la orang yang tinggal solat macam ini,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here