Larry, Steven Choong sokong PN kerana iktiraf kerja kuat kerajaan – Azmin

0
1

KEPUTUSAN dua bekas Ahli Parlimen PKR menyokong Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuat kerana mengiktiraf kerja kuat pentadbiran sedia ada, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Dua sahabat, YB Larry Sng dan YB Steven Choong hari ini telah menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan PN.

“Mereka berdua mengiktiraf kerja kuat pentadbiran ini selama satu tahun untuk membantu rakyat dan memacu negara keluar dari krisis Covid-19,” kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menerusi hantaran ringkas di Facebooknya.

Terdahulu, Kerajaan PN menerima sokongan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoo, kedua-duanya dari PKR yang keluar parti hari ini.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan PN sebagai pemerintah yang menerajui kerajaan.

Kedua-dua Ahli Parlimen itu telah bertemu dan menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here