‘Hari Pengumpulan Pakaian’ dilanjutkan 10 dan 11 April bantu Zoo Negara

0
1

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) melanjutkan kempen ‘Hari Pengumpulan Pakaian Terpakai’ pada 10 dan 11 April ini bagi membantu Zoo Negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kempen tersebut akan diadakan di Dewan Besar UPM, Serdang, Selangor bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada hari pertama dan hari kedua bermula jam 9 pagi hingga 2 petang sahaja.

Menurut Persatuan Pentadbir UPM, program ini bertujuan mengajak orang ramai bersama-sama membantu usaha pengumpulan pakaian terpakai.

Katanya, hasil sumbangan untuk menampung kos makanan dan kebajikan haiwan-haiwan di Zoo.

“Kami terima barangan yang masih elok dan tak elok seperti pakaian, kasut, bag, ‘Toys’, cadar, langsir, toto dan bantal.

“Manakala barangan yang kami tak terima adalah buku, pinggan mangkuk karpet dan alat solek,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Dalam pada itu, pihak UPM mengajak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membantu usaha pengumpulan pakaian terpakai di sekitar Shah Alam, Gombak dan Klang.

Katanya, tarikh penganjuran akan diadakan 5 dan 6 Mac serta 10 dan 11 April ini, bertujuan memberi laluan orang ramai menyumbang pakaian-pakaian mereka.

Menurutnya, program ini tercetus selepas membaca laporan akhbar yang mengatakan zoo terkesan akibat Covid-19 maka mereka mahu membantu meringankan beban Zoo Negara itu.

“Malah kami turut berkolaborasi bersama Perhilitan untuk menjayakan program ini,” katanya.

Sehubungan itu, pihak UPM berharap rakyat Malaysia sudi memberikan pakaian-pakaian terpakai bagi mengumpul sumbangan membantu menyelamatkan Zoo Negara. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here