Vaksin Sinovac tiba di Malaysia

0
2

PESAWAT Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang membawa bekalan vaksin Sinovac, dari China selamat mendarat pada jam 8.47 pagi tadi.

Penerbangan menggunakan pesawat MH319 itu membawa vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Biotech untuk diuruskan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global, lapor Berita Harian.

Hadir menyambut ketibaan vaksin kedua di Malaysia itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut kelihatan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Pada 21 Februari lalu, Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perjalanan vaksin ini adalah dari kilang Pfizer di Belgium dengan penerbangan membawa vaksin itu akan berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here