Tauke dadah berselindung di sebalik gelaran Tan Sri, Datuk Seri – KPN

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik gelaran Tan Sri dan Datuk Seri.

Sindiket berkenaan yang dikesan mempunyai rangkaian hebat, berselindung di sebalik perniagaan sah serta hidup mewah itu. Bagaimanapun, sukar untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Abdul Hamid Bador, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya akan pastikan sindiket berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, jika selama ini, setiap kali rampasan besar mencecah jutaan ringgit, hanya individu bawahan sahaja diusik, sedangkan rangkaian utama yang berada diatas tidak terjejas.

“Walaupun status mereka bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, sudah tiba masanya mereka dibawa ke muka pengadilan kerana sudah merosakkan ribuan rakyat Malaysia dengan kemasukan dadah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam pada itu, berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota polisAbdul Hamid menyifatkan perkara berkenaan adalah serius.

Beliau berkara, mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta jenayah lain tidak akan dilindungi dan tidak akan terlepas daripada hukuman.

Katanya, walaupun pelbagai amaran dan nasihat sudah diberikan kepada pasukan untuk menyedarkan mereka, hingga kini ramai yang masih degil.

“Baru-baru ini, enam individu termasuk seorang pegawai polis ditahan sedang berhibur sambil mengambil dadah. 

“Saya ingatkan, …tiada maaf lagi untuk kesalahan sebegini kerana perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah arahkan supaya siasatan lanjut dilakukan supaya mereka tidak terlepas dan akan akan pastikan mereka dihukum,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here