MASIH ramai yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini terbukti dengan penahanan 432 individu semalam atas pelbagai kesalahan ingkar SOP.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 414 dikompaun manakala 18 lagi direman.
“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (108), tiada penjarakan fizikal (106), tidak memakai pelitup muka (96), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (51), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktivit perjudian (18), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10) dan lain-lain (satu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Menurutnya, melalui Op Benteng pula, seramai 27 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dan dua bot serta sebuah kenderaan darat dirampas.
“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 38 bot dan kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pemeriksaan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.
“Semalam, KPDNHEP membuat 659 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit (476), pemborong (154) dan pengilang (29).
“KPDNHEP juga melakukan 1,594 pemeriksaan khas pematuhan SOP. Daripada jumlah itu 1,582 premis mematuhi SOP manakala 12 diberi nasihat,” katanya. – Malaysiapost