Brian McFeeters duta AS ke Malaysia ganti Kamala Shirin

0
1

BEKAS Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Brian McFeeters dilantik menjadi duta menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir.

Kedutaan AS dalam satu kenyataan hari ini, berkata Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011.

“Presiden AS Joe Biden telah menzahirkan harapan agar negara itu dapat bekerja dengan erat bersama negara rakan, dalam usaha menangani pelbagai cabaran di peringkat global, seperti kesihatan awam, pemulihan ekonomi, pemerdagangan manusia dan perubahan iklim,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Mcfeeters turut menyatakan ia merupakan sesuatu yang indah untuk dapat kembali ke negara ini.

“Ketika saya di sini sepuluh tahun lepas, saya berpeluang untuk melakukan kerjasama dengan ramai rakyat Malaysia yang begitu berbakat dan berdedikasi.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan Kedutaan AS di sini, termasuk beberapa wakil dari Kerajaan Amerika Syarikat. 

“Misi dan harapan kami ialah untuk memupuk hubungan lebih erat dengan rakyat serta Kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, McFeeters berkata, beliau harap dapat menerajui Kedutaan AS untuk melihat kerjasama dalam keselamatan, mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala untuk mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan, serta mewujudkan masa hadapan lebih cerah untuk golongan muda.

“Kedua-dua negara mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dilakukan bersama bagi menangani Covid-19.

“Saya berasa lega vaksin Pfizer telah tiba di Malaysia, dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah bermula,” katanya.

McFeeters yang tiba di negara ini semalam hanya dibenarkan untuk melakukan pertemuan secara maya dengan pegawai dan pekerja Kedutaan AS kerana beliau perlu lalui tempoh kuarantin. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here