Lebih ramai pemimpin terima vaksin Covid-19 hari ini

0
1

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memasuki hari ketiga hari ini diteruskan dengan penerimaan suntikan vaksin oleh beberapa individu berpengaruh terutama pemimpin membabitkan menteri, menteri besar dan ketua menteri.

Antara yang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech hari ini adalah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ismail Sabri menerima suntikan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, manakala Dr Zulkifli dan Dr Ronald menerimanya di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menjadi individu pertama di negeri itu menerima suntikan vaksin di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Di Pahang, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjadi individu pertama menerima vaksin dalam program di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Di Sarawak, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu hari ini.

Rata-rata mereka yang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan memaklumkan proses itu tidak menyakitkan dan menggesa rakyat segara mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu melalui aplikasi MySejahtera.

Difahamkan setakat ini lebih sejuta individu mendaftar dalam program berkenaan sehingga jam 3 petang hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/26/anggota-atm-terlibat-operasi-terima-dulu-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here