Selepas hampir 2 bulan, Malaysia catat kes harian di bawah 2,000

0
1

MALAYSIA mencatatkan 1,924 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, terendah dalam tempoh hampir dua bulan.

Kali terakhir negara mencatatkan kes jangkitan harian di bawah angka 2,000 ialah pada 4 Januari lalu iaitu 1,741 kes yang mana kes keseluruhan ketika itu ialah 120,818.

Angka terbaharu yang dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 293,698 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada keseluruhan kes dalam negara hari ini, enam adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 28,837 di sebalik 3,752 kes sembuh baharu.

Selangor mencatat kes harian tertinggi iaitu 666 kes, diikuti Johor (257), Sarawak (219), Kuala Lumpur (218), Pulau Pinang (162) dan Perak 120 kes.

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Sabah dengan 93 kes, Negeri Sembilan (62), Kelantan (44), Kedah (29), Melaka (22), Pahang (19), Terengganu (6), Labuan (4), Putrajaya (2) dan Perlis (1).

Sebanyak 12 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,100 kes. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/adakah-penurunan-kes-covid-19-berkait-dengan-kurangnya-ujian-saringan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here