Muhyiddin tiada alasan lagi tangguh Parlimen – Pejuang

0
1

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpendapat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini tiada lagi alasan untuk tidak memastikan sidang Parlimen diadakan mengikut tempoh ditetapkan.

Kepimpinan parti itu juga bersependapat Yang di-Pertuan Agong tidak perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen.

“Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menitahkan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada tarikh sebagaimana yldifikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

“Titah Baginda ini jelas meraikan demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.

“Perdana menteri, tiada alasan lagi untuk tidak memastikan sidang Parlimen diadakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Di samping itu, kami juga bersependapat dengan pandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak perlu mendapat nasihat daripada perdana menteri untuk memanggil sidang parlimen kerana kuasa itu terletak di tangan Seri Paduka Baginda semasa negara dalam tempoh darurat,” kata mereka dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amirudddin Hamzah (Kubang Pasu), Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) dan Ahli Dewan Negara, Datuk Marzuki Yahya.

Parti itu turut berharap persidangan Parlimen kali ini dapat dijalankan sepenuhnya dan bukan persidangan sehari seperti pada 18 Mei tahun lalu.

“Persidangan ini perlu mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

“Ini amat penting memandangkan bukan sahaja keabsahan Perdana Menteri dipertikai, malah masalah ekonomi, pandemik Covid-19 dan pentadbiran yang kucar-kacir telah mengakibatkan kesusahan dan keresahan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Menurut mereka, persidangan Parlimen diperlukan dalam keadaan sekarang bagi membahaskan isu Covid-19 dan vaksinasi, pendidikan anak-anak serta langkah untuk mengelakkan pilihan raya diadakan dalam tempoh pandemik ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/14/ahli-parlimen-mahu-sertai-pejuang-akan-ditapis-ketat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here