Belum bincang tarikh buka sempadan negara

0
1

KERAJAAN belum berbincang mengenai tarikh pembukaan sempadan negara kerana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan baru sahaja dimulakan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun pihaknya percaya usaha ke arah itu akan dilaksanakan termasuk penggunaan pasport vaksin.

“Masih terlalu awal dan belum ada perbincangan setakat ini tentang tarikh untuk membuka sempadan negara

“Kita baru bermula dengan Program Imunusa Covid-19 Kebangsaan semalam, namun kita akan lihat perkara ini (pembukaan sempadan),” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, bagi pasport vaksin pula ia mungkin akan dikeluarkan dan akan diumumkan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelak.

“Kita juga sedang mendapatkan maklum balas daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang pasport vaksin ini.

“Kita tidak tahu negara mana yang menerima pasport itu, kita juga tidak tahu vaksin jenis apa yang diterima oleh negara-negara luar, jadi mungkin terlalu awal untuk membuat keputusan dari segi pembukaan sempadan ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kes bayi berusia satu tahun yang dikenakan denda RM100 oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang semalam kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif, beliau menyifatkan tindakan itu tidak munasabah dan salah.

Menurutnya, arahan memakai pelitup muka adalah mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Tindakan mengeluarkan kompaun dan sebagainya adalah oleh KKM dan juga agensi yang diperturunkan kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan penguatkuasaan dan juga tindakan seperti menggeluarkan kompaun dan sebagainya.

“Kuasa pengurusan kediaman ia hanya berkaitan dengan peraturan di kawasan kediaman berkenaan sahaja.

“Maka tindakan mengenakan denda itu adalah salah dan tidak boleh dilakukan malah tidak munasabah bagi saya lebih-lebih lagi terhadap bayi berusia satu tahun,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/12/who-beri-amaran-jangan-tergesa-gesa-buka-pintu-sempadan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here