Riak Apa Hari Ini jadikan umat Islam makin tenat – PU Amin

0
1

Nurul Huda Abhar

SUSULAN tular grup Riak Apa Hari Ini di Facebook baru-baru ini, timbul kebimbangan jika muncul lagi beberapa grup yang berkonsepkan sama, iaitu menjadikan ‘gurauan’ sebagai alasan untuk menyebarkan keburukan dalam masyarkat.

Menurut penceramah bebas, Pencetus Ummah Amin atau dikenali PU Amin berkata, fenomena gurauan dicetuskan dalam laman sosial kini tidak harus dipandang ringan kerana boleh diakses semua peringkat umur.

PU Amin berkata, pengikut media sosial kini sudah tidak boleh menerima teguran dan akan menggelar mereka yang memberi nasihat sebagai ‘penyibuk’.

Malah, beliau bimbang jika selepas ini muncul lagi grup yang berlumba-lumba membuat perkara ditegah hukum syarak hanya untuk mendapat perhatian dan ‘like’.

Menerusi perkongsian di Facebook, PU Amin memuat naik gambar contoh grup seakan-akan ‘Riak Apa Hari Ini’ yang akan timbul jika situasi tersebut tidak dihalang segera.

“Group-group ini lebih dahsyat dari Dajjal. Belum Dajjal turun kita dah kena pedajal. Benda haram jadi mainan. Bila nasihat dia marah balik. Bila tegur kata kita menyibuk. Masyarakat islam makin tenat.

“Hilang ilmu, hancur akhlak. Moga Allah hapuskan golongan ini. Moga Allah pelihara anak bangsa kita. Hukum agama bukan gurauan dan mainan. Azab Allah itu sangat dasyat. Bertaqwalah anak muda!,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Rata-rata pengikut Facebook bersetuju dengan perkongsian PU Amin tersebut dan berkata tidak mustahil jika dibiarkan akan ada grup-grup ‘mengarut’ muncul lagi selepas ini.

Malaysiapost semalam melaporkan muncul satu grup di laman Facebook Riak Apa Hari Ini, yang mana pengikutnya kini lebih 130,000 ahli.

Perkongsian dalam grup tersebut menarik perhatian ramai kerana mereka memaparkan harta benda termasuk barang kemas, wang, kereta mewah dan barangan berjenama dengan kapsyen ‘riak’.

Atas tiket ‘gurauan’, pengkongsian di grup itu mengundang kecaman kerana dikatakan tidak menghormati sensitiviti agama termasuk memaparkan aurat dan tulisan kaspsyen yang boleh menimbulkan fitnah. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/23/grup-riak-apa-hari-ini-tempat-pengikut-fb-tayang-harta/

https://malaysiapost.com.my/2021/02/23/grup-riak-apa-hari-ini-nak-bergurau-boleh-tapi-ikut-cara-islam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here