Hari ini pemulaan tamatkan Covid-19 – Dr Noor Hisham

0
1
dr. hisham

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berharap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula hari ini menjadi permulaan bagi menamatkan penularan pandemik itu di negara ini.

Beliau berkata program itu adalah ikhtiar penting untuk membendung pandemik berkenaan bersama rakyat.

“Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan dengan pelancaran Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada hari ini. Insya-Allah.

“Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi. Amin,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu, kira-kira jam 3 petang.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada Jumaat ini, bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin berkenaan untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

Selain Muhyiddin, turut dijadual menerima vaksin itu pada petang ini ialah Dr Noor Hisham serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here