PRU15: Armada harap Umno bersama PN, elak pertandingan 3 penjuru

0
1

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Bersatu berharap Umno masih bersama Perikatan Nasional (PN) bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pertembungan tiga penjuru jika berlaku, akan merugikan bukan sahaja PN, malah Umno.

“Walau apapun kita masih terbuka untuk menerima malah mengharapkan Umno bersama-sama dengan PN agar pertandingan tiga penjuru dapat dielak.

“Kita perlukan kerajaan yang stabil, kalau kita bertembung di kerusi majoriti Melayu, kerugian kepada kedua-dua belah pihak (Bersatu dan Umno) dan apa yang kita harapkan tidak akan tercapai.

“Ini perkara yang kita perlu sama-sama fikir, Umno perlu fikirkan bahawa zaman di mana sebuah parti politik mendominasi politik Malaysia sudah tamat,” katanya hari ini seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dikatakan memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Semalam, Malaysiapost melaporkan Umno akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan MT untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Menurut seorang Ahli MT Umno yang enggan namanya disiarkan, Umno bagaimanapun kekal menyokong kerajaan PN sehingga PRU diadakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here