Pengasas ‘Sugarbook’ didakwa esok

0
1

PENGASAS aplikasi ‘Sugarbook’ akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

Lelaki berusia 34 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pada jam 9 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat memaklumkan suspek akan didakwa esok atas kenyataan yang menimbulkan khianat awam.

“Pengarah Pendakwaan Selangor telah bersetuju untuk menuduh suspek bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 24/2/21, jam 9 pagi,” katanya.

Pada 17 Februari lalu, usahawan warga tempatan itu ditahan di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 petang.

Penahanan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPD Shah Alam dan suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan tanpa reman selepas mahkamah menolak pemohonan reman terhadap lelaki terbabit.

Penolakan permohonan reman itu dilakukan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat.

Namun, pihak pendakwaan membuat permohonan semakan reman dan Hakim Datuk Noorin Badaruddin membenarkan individu terbabit direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here