Bantuan Permai : Pemandu teksi, bas terima RM500 mulai hari ini

0
1

BANTUAN khas ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing diagihkan bermula hari ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, bantuan menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) itu membabitkan kira-kira 110,000 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM55 juta.

“Sukacita dimaklumkan pembayaran pertama dibuat mulai 22 Februari 2021 (hari ini).

“Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bantuan terbabit yang dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan terbabit secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul , baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan berkenaan secara berperingkat mulai 26 Februari ini.

Katanya, kerajaan berharap bantuan itu membantu golongan terbabit sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

“PICK melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik Covid-19,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan khas tersebut menerusi Permai. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here