Dos vaksin Covid-19 dihantar ke 16 lokasi seluruh negara

0
1

SEBANYAK 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang tiba di Malaysia pagi tadi akan dihantar ke 16 pusat simpanan vaksin di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata sejumlah vaksin juga dijangka tiba di Johor dari Singapura petang ini menggunakan jalan darat.

“Sementara di Pulau Pinang dihantar melalui pesawat dan tiba pada jam 6 petang. Bagi Sabah dan Sarawak kita akan tentukan tarikh penghantarannya dalam masa terdekat,” katanya yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, hari ini.

Khairy membuat kenyataan itu ketika sidang media selepas majlis penyerahan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Sementara itu, katanya, sehingga kini 54 lokasi dijadikan pusat simpanan vaksin Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk empat di Johor, Selangor (enam), masing-masing dua di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta satu di Putrajaya.

“Pusat simpanan ini akan mengagihkan (vaksin) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya.

Pagi tadi, Malaysia menerima secara rasmi bekalan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech selepas pesawat Airbus 330-300 Malaysia Airlines MH604 yang membawanya mendarat di KLIA, jam 10.07 pagi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/21/polis-sedia-pasukan-pengiring-awasi-pergerakan-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here