Umno tamatkan hubungan dengan PN sebaik darurat berakhir?

0
1
JERLUN, 2 Mei -- Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama para peserta membawa bendera UMNO ketika Larian Jelajah UMNO di sempadan negeri Kedah-Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Aiman Hanif

UMNO dijangka akan menamatkan kerjasama parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) sebaik proklamasi darurat berakhir.

Menurut sumber dalam Umno, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, malam tadi.

“Antara intipati mesyuarat MT yang berlangsung malam tadi adalah mengenai hubungan kerjasama bersama PN.

“Mesyuarat MT malam tadi bersetuju untuk menamatkan kerjasama dengan PN sebaik saja darurat berakhir.

“Ini bermakna kerjasama Umno dengan PN berakhir sebaik darurat tamat,” katanya kepada Malaysiapost.

Semalam, mesyuarat MT Umno berlangsung di Janda Baik, Pahang di pusat latihan parti itu.

Pada 9 Jan MT Umno menolak kerjasama bersama Bersatu dan keabsahan keputusan itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung Umno.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, pendirian parti itu adalah tertakluk kepada keputusan MT yang diputuskan dalam mesyuarat pada Rabu.

Menurutnya, perkara itu juga akan dijadikan agenda dalam usul ucapan dasar Presiden Umno pada PAU nanti.

“Setakat ini, keputusan MT adalah menolak kerjasama dengan Bersatu, namun keputusan terakhir atau keabsahan mengenai perkara itu dibuat pada 31 Januari ini,” kata Zahid seperti dilaporkan media.

Dalam pada itu sumber memaklumkan isu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Umno tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.

“Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here