Najib tak senang lihat netizen kritik guru dalam klip DidikTV

0
1

DATUK Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang melihat komen netizen yang mengkritik seorang guru perempuan setelah satu klip video DidikTV segmen Sains menjadi tular.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika penggunaan Bahasa Inggeris dalam segmen tersebut kurang baik, ia tugas pengarah dan penerbit untuk memperbetulkannya.

“Tak ada siapa yang semak sebelum dibenar untuk disiarkan dalam kaca TV ke?

Sebab itu, harap rakyat akan henti mengkritik cikgu tersebut,” katanya.

Semalam, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri, digantung tugas selepas video dia mentertawakan guru tersebut yang sedang mengajar melalui saluran televisyen DidikTV mendapat kecaman hebat.

Guru tersebut, Rafidah Rahmat, melalui satu hantaran Facebooknya mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook).

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata penyelesaian bagi kritikan rakyat ke atas pembukaan sekolah pada 1 Mac sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya berakhir pada 4 Mac juga amat mudah sekali:

a) Sekolah buka semula pada 5 Mac (4 hari kemudian) iaitu selepas PKP berakhir pada 4 Mac;

atau;

b) Sekolah buka semula pada 1 Mac tapi PKP diumum berakhir pada 28 Feb.

“Kenapa kerajaan PN sengaja nak undang kemarahan dan kritikan rakyat hanya atas perbezaan empat hari sahaja?,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan tahun ini akan dibuka secara berperingkat bermula Mac depan.

Untuk sesi persekolah bagi murid pra sekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula pada 1 Mac 2021, manakala murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, sesi persekolahan akan bermula selepas tamat cuti pertengahan penggal, iaitu 5 April. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here