Kejam, kucing bunting dibunuh, empat kaki dikerat

0
1

Nurul Huda Abhar

SEORANG wanita membuat laporan polis berhubung kejadian seekor kucing peliharaannya yang sedang bunting dibunuh kejam dengan ke empat-empat kaki dipotong.

Menerusi perkongsian di Facebook Asal Gombak, wanita tersebut menerima panggilan yang memberitahu kucingnya telah mati.

“Alangkah terkejutnya apabila setiba beliau di rumahnya iaitu di Taman Harmonis Gombak, kelihatan kaki kucing tersebut telah dikerat. Beliau terus membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

“Siapalah yang kejam sangat pergi kerat kaki kucing ni? Tulis hantran itu semalam.

Turut dimuat naik gambar kucing itu yang mati terbaring dan salinan laporan polis yang telah dibuat wanita itu.

“Terpaksa, demi hak awak (kucing). Awak dah la tengah pregnant (bunting). Jahat betul manusia ya? Saya tak boleh bayangkan awak tanggung sakit masa dia rentap ke empat-empat kaki awak,” tulis wanita itu.

Rata-rata pengikut FB menyuarakan kemarahan mereka dengan sikap tidak berperikemanusian itu sehingga sanggup menyiksa binatang dan membunuh.

Malah, ada yang berdoa agar si pelaku akan ditimpa musibah yang sama seperti yang telah dilakukan kepada kucing itu.

“Moga si pelaku dilenyek kereta kaki dan tangannya…kucing tak bersalah jadi mangsa. Kejam!,” kata Qaseh Nazleyza.

“Semoga Allah bayar cash atas perbuatannya, memang sedih dan marah kalau manusia kejam pada haiwan,” komen Faridah Nadzulan.

“Jumpa manusia tak guna tu, bagi tau aku..aku pergi cabut gigi geraham dia tengok denyut tak denyut,” kata Iqkhmal Ameer.

“Dia belum kena badi kucing lagi. Si pembuat ni nanti eksiden hilang kaki baru dia tahu macam mana kucing tu. Kau belum kena badi kucing lagi,” kata Mohd Aizat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here