Datuk, cucu maut kenderaan bertembung lori

0
1

DATUK dan cucunya maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung lori membawa barangan runcit di Jalan Bukit Pasir di Muar hari ini.

Dalam nahas jam 9.30 pagi itu, Khoo Chuan Peng, 67, dan cucunya, Koo Sin Ming, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata nahas turut menyebabkan pemandu lori berusia 39 tahun cedera pada bahagian kepala dan kaki.

Katanya, empat lagi mangsa yang menaiki kereta Proton Saga BLM berusia 32 hingga 66 tahun dilaporkan selamat.

“Siasatan awal mendapati kenderaan Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Bukit Pasir menghala ke Pagoh dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lori,” katanya menerusi kenyataan.

Zaharudin berkata,

Pada masa sama, Zaharudin berkata kereta Proton Saga BLM berada di belakang lori tidak sempat mengelak lalu melanggar Toyota Hilux

Katanya, pemandu dan penumpang pacuan empat roda tersebut yang tercampak keluar meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here