2,461 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1

SEBANYAK 2,461 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes dalam negara meningkat kepada 280,272 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada keseluruhan kes hari ini, semua melibatkan penularan tempatan dan tiada kes import dilaporkan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 34,468 dengan 4,782 kes sembuh baharu.

Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 1,001 kes diikuti Kelantan (257), Johor (233), Kuala Lumpur (230), Sarawak (134), Sabah (109), Perak (108) dan Kedah pula 101 kes.

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Negeri sembilan (89), Pulau Pinang (87), Pahang (42), Melaka (32), Terengganu (22), Putrajaya (13) dan Perlis (3).

Sebanyak lapan lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,051 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here