Kabinet Khas Darurat wajar dibentuk segera – Zahid

0
1

KABINET Khas Darurat wajar dan perlu dibentuk segera bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara sepanjang tempoh darurat, kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata pembentukan kabinet khas itu adalah penting bagi menyemak dan mengimbangi  urusan pentadbiran negara. 
Beliau mengulas cadangan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya sebuah  kabinet khas ditubuhkan dalam suratnya kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. 
Zahid berkata, secara umum Azalina menzahirkan rasa bimbang terhadap fungsi Parlimen sebagai proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara digantung secara total berikutan proklamasi darurat termasuk tidak dibenarkan secara maya seperti yang dilakukan negara demokrasi lain.
“Pada pandangan saya beliau berhak menyuarakan kebimbangan itu memandangkan beliau merupakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 
Beliau berkata, Yang di-Pertua Dewan berperanan sebagai Ketua Parlimen dan Jurucakap kepada Dewan, selain sebagai ‘Presiding Officer’ dan Jurucakap Parlimen dalam hubungan antarabangsa.
Menurutnya, Azalina turut menzahirkan kebimbangan penggantungan Parlimen telah mengundang kepincangan kepada dasar pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari di negara ini. 
“Pengasingan kuasa Eksekutif (Badan Pentadbiran), Legislatif (Badan Perundangan) dan Judisiari (Badan Kehakiman). 
“Pengasingan kuasa atau ‘Separation of Powers’ kepada tiga bahagian badan itu juga merupakan satu doktrin terpenting dalam pemerintahan demokrasi. 
“Antara lain bertujuan mengelak pertindihan bidang kuasa dan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa kepada badan tertentu, tetapi kini badan Eksekutif pada pandangan beliau tampak mempunyai kebebasan tanpa doktrin ‘Separation of Powers’,” katanya. 
Justeru, Zahid menegaskan cadangan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu supaya Kabinet Khas Darurat dibentuk segera ada kewajarannya.
“Paling utama adalah urusan pentadbiran negara memerlukan semak dan imbang. 
“Suara dan pandangan rakyat perlu diambil kira dalam setiap dasar atau keputusan yang mahu dibuat melalui wakil-wakil mereka yang telah dipilih dalam pilihan raya,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here