Hina mahkamah: Malaysiakini didenda RM500,000

0
1

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman denda RM500,000 terhadap portal Malaysiakini atas pertuduhan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.

Dalam keputusan majoriti 6-1, Hakim mendapati Malaysiakini bertanggungjawab atas penghinaan terhadap mahkamah menerusi komen pembacanya.

Bagaimanapun, keputusan majoriti memutuskan bahawa ketua editor portal berita berkenaan, Steven Gan tidak bersalah atas tuduhan yang sama.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf menyampaikan keputusan majoriti 6-1, dengan hakim yang tidak bersetuju adalah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk P Nallini.

Ini adalah kali pertama Malaysiakini didakwa atas tuduhan menghina mahkamah sepanjang sejarah penubuhannya sejak 21 tahun lalu.

Pada 15 Jun tahun lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengemukakan permohonan menghina mahkamah terhadap portal berita itu, lapor portal berkenaan.

Ketika menyampaikan keputusan hari ini, Rohana memutuskan bahawa mahkamah perlu mengambil kira tanggungjawabnya untuk memandang serius tindakan menghina mahkamah, yang akhirnya melemahkan sistem kehakiman di Malaysia. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here