PKPB: Majlis akad nikah maksimum 50 peratus tetamu ikut keluasan premis

0
1

MAJLIS akad nikah dibenarkan dengan had maksimum 50 peratus kehadiran tetamu mengikut keluasan premis bagi kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan tersebut juga disusuli dengan pematuhan penjaran fizikal satu meter.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula upacara pernikahan dibenarkan dengan kehadiran mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal 1 meter,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut beliau, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), upacara pernikahan dibenarkan di Pejabat Agama dan Masjid sahaja.

Katanya, kehadiran had maksimum 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi sahaja yang dibenarkan bagi kawasan PKP.

“Bagi prosedur operasi standard (SOP) upacara pernikahan bagi pasangan bukan Islam akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara,” ujarnya.  -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here