‘Dulu suruh bubar, sekarang sayang’

0
1

MANA satu ni? Tanya Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini selepas Ahli Parlimen Langkawi itu mengakui masih sayangkan Umno kerana pernah menjadi presiden parti tersebut selama 22 tahun.

Mengulas ringkas mengenainya, Ahmad Zahid berkata Dr Mahathir sendiri dulu meminta beliau membubarkan Umno.

“Tetapi sekarang sayang dan bersedia kembali kepada Umno. Mana satu ni,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya lewat malam tadi.

Ahmad Zahid bagaimanapun memaklumkan beliau akan mengulas lebih lanjut berhubung kenyataan Dr Mahathir itu esok.

Dr Mahathir dalam program ‘Bersama Tun M’ anjuran sebuah akhbar harian tempatan semalam, mengakui beliau boleh kembali kepada Umno dengan syarat parti itu kembali kepada perjuangan asalnya.

Beliau mengakui masih sayangkan Umno kerana pernah menjadi presiden selama 22 tahun, namun tidak sayang kepada pemimpinnya kini dan tidak akan bekerjasama dengan mereka yang disifatkan sebagai ‘penyangak’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here