Aktiviti pelancongan, kebudayaan, majlis resepsi dibenar di kawasan PKPB, PKPP

0
1

BAGI kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) aktiviti pelancongan dan kebudayaan dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan sosial.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti perlancongan dan produk tarikan pelancong yang dibenarkan seperti zoo, taman, akuarium, taman rekreasi ekstrim, taman semulajadi dan lain-lain.

“Begitu juga dengan kawasan hasil seni seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, kampung seni warisan budaya, pentas kebudayaan seni, taman tema outdoor, pusat reaksi keluarga kecuali indoor adalah dibenarkan dengan syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Namun begitu peraturan ini dilarang pada kawasan yang masih dilaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Segala keluar masuk dari kawasan PKP ke kawasan PKPB atau aktiviti rentas negeri atau daerah juga tidak dibenarkan untuk kawasan PKP,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, aktiviti seminar dan kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, dan persidangan juga dibenarkan dalam kawasan PKPB dan PKPP juga dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus kapasiti presmis dan penjarakan sosial.

Beliau berkata, namun begitu semua aktiviti itu masih dilarang di kawasan PKP.

“Mengenai majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, seperti majlis sosial majlis kenduri, pertunangan, resepsi, majlis akikah, tahlih, doa selamat di kawasan PKP masih tidak dibenarkan. 

“Tetapi kawasan PKPB dengan 50 peratus kapasiti premis dengan mematahui penjarakan sosial manakala di PKPP dibenarkan dengan syarat ada penjarakan sosial.

“Bagi kawasan terbuka pula, majlis disyaratkan akan penjarakan sosial, dan SOP ketat yang telah disebutkan sebelum ini. Boleh merujuk pada website Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here