7 terselamat kapal layar terbakar di Langkawi

0
1

SERAMAI tujuh kru termasuk nakhoda kapal terselamat selepas kapal layar mereka terbakar di kedudukan 0.6 batu nautika timur laut Pulau Singa Kecil di perairan Langkawi, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.18 pagi itu, tujuh lelaki berkenaan itu diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pihak Maritim dan Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kebakaran kapal layar itu dikesan KM Tenggol yang kemudiannya yang menyalurkan maklumat kejadian kepada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

Kebakaran berjaya dipadamkan

Katanya, susulan itu bot Kilat 6 APMM digerakkan ke lokasi kejadian dan maklumat kejadian turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Kita turut memaklumkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut Malaysia serta Jabatan Alam Sekitar bagi mendapatkan bantuan sewajarnya,”

Foto ihsan : Maritim Malaysia

“Tujuh kru kapal layar itu dipindahkan ke KM Tenggol. Setakat ini, tiada tumpahan minyak dilaporkan di lokasi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here