BUKAN sekadar kejar penjenayah. Itu ungkapan betapa mulianya pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berdasarkan perkongsian di Facebook, tiga anggota polis unit kereta peronda (MPV) membantu seorang warga emas yang terjatuh ketika melintas.
Bukan sekandar membantu mengangkat, malah kedua-dua mereka menghantar individu bernama Muhammad Ali itu pulang ke rumah.
“Semasa Koperal Khairudin, Konstabel Shapawe dan Kontstabel Halimi yang sedang dalam tugasan rondaan berkala di Jalan Selangor, Petaling Jaya, mereka terlihat seorang warga emas bertongkat terjatuh di tengah jalan semasa ingin melintas jalan.

“Atas dasar prihatin, ketiga-tiga anggota tersebut memberhentikan kenderaan dan memberi bantuan serta menghantar pulang warga emas yang dikenali sebagai pakcik Muhamad Ali ke rumah beliau dengan selamat bagi mengelakkan apa-apa kejadian tidak diingini,” kata hantaran berkenaan.
Perkongsian itu mendapat pujian warga maya yang bangga dengan dengan keperihatinan polis.
“Terima kasih Frontliners ! Anda semua insan yang hebat. Terima kasih atas pengorbanan anda!,” kata Low Andy.
“Walaupun anda dikecam…anda tetap buat kerja yang terbaik untuk rakyat….syabas PDRM,” kata Mie Baginda.
“Tahniah kepada pasukan keselamatan Malaysia PDRM terbaik,” kata Mohd Faisal Talib. – Malaysiapost

