Polis rekod keterangan Annuar Musa lebih 2 jam

0
1

POLIS mengesahkan telah mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata pihaknya juga sedang meneliti fakta dan bukti sedia ada sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Polis rakam percakapan Annuar lebih dua jam semalam. Pihak lain yang mempunyai kaitan dengan majlis jamuan itu pun sudah direkod keterangan.

“Jadi persoalan Annuar dikompaun RM1,000 itu belum lagi kerana siasatan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kerana melanggar SOP PKP,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Malaysiapost sebelum ini melaporkan Annuar mengakui penganjur program yang dihadirinya tidak mematuhi SOP.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Ketereh itu memohon maaf kerana hanya duduk sekejap dan kemudian berpindah kerana penganjur tidak mengikut SOP. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/annuar-beri-keterangan-pada-polis-isu-ingkar-sop/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here